Tempat persiaran Pasir_Puteh,_Kelantan

Pasir Puteh Sentral

Pasar raya Econsave di Pasir Puteh Sentral

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.

Jeram Pasu

Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu. Air terjun Jeram Linang yang terletak di Kampung Lepan Rambai lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Pasir Puteh juga tidak kurang istimewanya. Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Linang anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Jalan utama yang menghubungkannya ialah Lebuh Raya Timor Barat iaitu dari Wakaf Lichong menghala ke Machang. Di Kampung Sungai Durian dalam daerah Bukit Abal terdapat hutan simpan Chabang Tongkat yang mempunyai jeram yang cantik juga. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan kemudahan untuk pelancong-pelancong dan masyarakat tempatan berkelah serta khemah-khemah untuk bermalam.

Taman Eko Rimba Jeram Linang

Jeram Linang

Jeram Mengaji

Jeram mengajiLaluan air yang turun dari jeram

Pasar Siti Hajar

Pasar Siti Hajar merupakan sebuah pasar terletak di Pasir Puteh Sentral dan dibuka kepada awam pada 2018.

Jalan masuk ke Pasir Puteh Sentral dari Jerteh (kiri) atau Jalan Bypass (kanan)